Soal Jawab Agama: Berwudhu ketika haid

SOALAN : Salam Ustaz ! Ada kemusykilan sikit. Adakah benar wanita yang dalam keadaan haid haram berwudhu’? Mohon lampirkan rujukan jika ada khilaf di kalangan ulamak. Rujukan Arab pun boleh jika tak sempat translate.

JAWABAN : و عليكم السلام ورحمةالله Berikut adalah beberapa pandangan ulamak berkait soalan tadi..

Wanita yang sedang haid tidak disunnahkan berwudhu sebelum tidur, kecuali jika darah haidnya sudah berhenti.

Imam Nawawi dalam syarah Muslim :
وَأَمَّا أَصْحَابنَا فَإِنَّهُمْ مُتَّفِقُوْنَ عَلَى أَنَّهُ لَا يُسْتَحَبُّ الْوُضُوءُ لِلْحَائِضِ وَالنُّفَسَاءِ ؛ لِأَنَّ الْوُضُوْء لَا يُؤَثِّرُ فِي حَدَثِهِمَا ، فَإِنْ كَانَتْ الْحَائِضُ قَدْ اِنْقَطَعَتْ حَيْضَتُهَا
صَارَتْ كَالْجُنُبِ .
“Adapun ashab kami, mereka sepakat bahwasanya tidak disunnahkan berwudhu bagi wanita haid dan wanita nifas. Kerana berwudhu tidak berpengaruh pada hadas mereka berdua. Jika wanita haid sudah berhenti darah haidnya, maka dia seperti orang junub.” (Syarh an-Nawawi ala al-Muslim, 3/218)

Sumber Kitab :
Syarhunnawawi ‘Alaa Shahihi Muslim juz III halaman 218, cetakan ke III tahun 1398 H – 1978 M / juz I halaman 499 / juz III halaman 218 , maktabah syamilah
Sumber Link:
http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=850&idto=858&bk_no=53&ID=147

(وَيُنْدَبُ ) لَهُ أَيْضًا ( اَلْوُضُوْءُ لِلطَّعَامِ وَالشَّرْبِ وَالْجِمَاعِ وَالْمَنَامِ
: قَوْلُهُ اَلْوُضُوءُ لِلطَّعَامِ إلَخْ ) قَالَ النَّوَوِيُّ فِي الْمَجْمُوعِ ؛ لِأَنَّهُ يُؤَثِّرُ فِي حَدَثِ الْجُنُبِ بِخِلَافِ الْحَائِضِ وَالنُّفَسَاءِ ؛ لِأَنَّ حَدَثَهُمَا مُسْتَمِرٌّ وَلَا تَصِحُّ الطَّهَارَةُ مَعَ اسْتِمْرَارِهِ وَهَذَا مَا دَامَتْ حَائِضًا أَوْ نُفَسَاءَ فَإِذَا انْقَطَعَ الدَّمُ صَارَا كَالْجُنُبِ يُسْتَحَبُّ لَهُمَا الْوُضُوءُ فِي هَذِهِ الْمَوَاضِعِ
“Dan bagi orang junub disunnahkan wudhu untuk makan, minum, bersenggama dan tidur”.
Ucapan Mushannif (Imam Ibnul Wardi) :
(disunnahkan) wudhu untuk makan
Imam Nawawi berkata dalam kitab al Majmu’ : Kerana berwudhu’ boleh berpengaruh pada hadasnya orang junub. Berbeza dengan hadasnya wanita haid & nifas, kerana hadas keduanya tetap. Tidak sah bersuci dengan tetapnya hadas tersebut. Ini selagi wanita tersebut dalam keadaan haid atau nifas. Jika darahnya sudah berhenti maka keduanya menjadi seperti orang junub, keduanya disunnahkan wudhu disaat-saat tersebut di atas.” (Syarh al-Bahjah, 2/155)
Sumber Kitab:
Syarh al Bahjah lisysyaikh Zakariya al Anshari (pengarang al Bahjah = Imam Ibnul Wardi. Pengarang syarh al Bahjah = Syaikhul Islam Zakariya al Anshari) juz II halaman 155, maktabah syamilah.
Sumber Link:
http://islamport.com/d/2/shf/1/27/1824.html

ويُنْدَبُ لِلْجُنُبِ رَجُلًا كَانَ أَوْ امْرَأَةً وَلِلْحَائِضِ بَعْدَ انْقِطَاعِ حَيْضِهَا الْوُضُوْءُ لِنَوْمٍ أَوْ أَكْلٍ أَوْ شَرْبٍ أَوْ جِمَاعٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ تَقْلِيْلًا لِلْحَدَثِ
“Disunnahkan bagi orang junub, laki-laki atau perempuan, dan bagi wanita haid setelah berhenti haidnya berwudhu kerana hendak tidur, makan, minum, jima’ dan sebagainya untuk mengecilkan (mengurangi) hadas.” (Hasyiyah Jamal, 2/96)

Sumber Kitab :
Hasyiyah Jamal ‘alaa Syarhil Manhaj juz I halaman 166, cetakan Daar Ihya at Turats al ‘Arabi, Beirut / juz I halaman 486 / juz II halaman 96, maktabah syamilah
Sumber Link:
http://islamport.com/d/2/shf/1/21/1421.html(1/486)
http://islamport.com/w/shf/Web/3445/486.htm

Dalam Kitab Nihayatul Muhtaj:

وَمِمَّا يَحْرُمُ عَلَيْهَا الطَّهَارَةُ عَنْ الْحَدَثِ بِقَصْدِ التَّعَبُّدِ مَعَ عِلْمِهَا بِالْحُرْمَةِ لِتَلَاعُبِهَا ، فَإِنْ كَانَ الْمَقْصُوْدُ مِنْهَا النَّظَافَةَ كَأَغْسَالِ الْحَجِّ لَمْ يُمْتَنَعْ
“Diantara perkara yang haram atas wanita haid adalah bersuci dari hadas dengan tujuan beribadah serta mengertinya dia akan keharamannya, hal itu kerana dia TALAA’UB تلاعب (mempermainkan ibadah). Jika yang dikehendaki dari bersuci itu untuk kebersihan seperti mandi haji, maka bersuci tersebut tidak dicegah.” (NihayatulMuhtaj, 1/330)

Sumber Kitab:
Nihayatul Muhtaj Lil Imam Ar Ramli juz I halaman 330, maktabah syamilah.

Sumber Link:
http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no[Forwarded from Ustaz Alrais]
=25&ID=500

Dalam Fiqh Malikiyyah :

قَوْلُهُ : [ وُضُوءٌ لِنَوْمٍ ] : فِي ( عب ) : مِثْلُهُ الْحَائِضُ بَعْدَ انْقِطَاعِ الدَّمِ لَا قَبْلَهُ وَهَذَا عَلَى أَنَّ الْعِلَّةَ رَجَاءُ نَشَاطِهِ لِلْغُسْلِ
“Ucapan Mushannif (mushannif kitab Syarh Shaghier/ Syeikh Ahmad ibn Muhammad Ad Dardiir) :

Dan WUDHU’ untuk tidur , didalam ‘AIN BAA`: seperti halnya orang junub adalah wanita haid sesudah berhentinya darah, tidak sebelumnya. Hal ini kerana illatnya adalah harapan agar semangat untuk mandi.” (Hasyiyah ash-Shawi ‘ala Syarh ash-Shaghir, 1/300)

Sumber Kitab :
Hasyiyah Ash Shawi ‘alaa Syarhishshaghier juz I halaman 300, maktabah syamilah
Sumber Link:
http://islamport.com/w/mlk/Web/1738/300.htm

Dalam Kitab al Majmu’:

( فَرْعٌ ) هَذَا الَّذِيْ ذَكَرْنَاهُ مِنْ أَنَّهُ لَا تَصِحُّ طَهَارَةُ حَائِضٍ ، هُوَ فِيْ طَهَارَةٍ لِرَفْعِ حَدَثٍ سَوَاءٌ كَانَتْ وُضُوْءًا أَوْ غُسْلًا ، وَأَمَّا الطَّهَارَةُ الْمَسْنُوْنَةُ لِلنَّظَافَةِ كَالْغُسْلِ لِلْإِحْرَامِ وَالْوُقُوْفِ وَرَمْيِ الْجَمْرَةِ فَمَسْنُوْنَةٌ لِلْحَائِضِ بِلَا خِلَافٍ

“Apa yang telah kami tuturkan iaitu bersucinya orang haid tidak sah, itu adalah bersuci dalam menghilangkan hadas, baik wudhu maupun mandi.

Adapun bersuci yang sunnah kerana untuk kebersihan seperti mandi untuk Ihram, wuquf dan melempar jamrah maka hukumnya sunnah untuk wanita haid tanpa ada khilaf.” (al-Majmu’, 2/383)

Sumber Kitab :

Al Majmu’, Syarh al Muhadzdzab juz II halaman 383, cetakan Maktabah Ial Irsyaad Jeddah /juz II halaman 349, maktabah syamilah
Sumber Link:
http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=14&ID=1057

7⃣ Dalam Kitab Fiqhul ‘ibadat :

تَحْرُمُ عَلَى الْحَائِضِ وَالنُّفَسَاءِ اَلطَّهَارَةُ بِنِيَّةِ رَفْعِ الْحَدَثِ أَوْ نِيَّةِ الْعِبَادَةِ كَغُسْلِ الْجُمُعَةِ أَمَّا الطَّهَارَةُ الْمَسْنُوْنَةُ لِلنَّظَافَةِ كَالْغُسْلِ لِلْإٍحْرَامِ وَغُسْلِ الْعِيْدِ وَنَحْوِهِ مِنَ الْأَغْسَالِ الْمَشْرُوْعة ِاَلَّتِيْ لَا تَفْتَقِرُ إٍلَى طَهَارَةٍ فَلَا تَحْرُمُ

“Haram atas wanita hadi dan wanita nifas bersuci dengan niat menghilangkan hadas atau niat beribadah, seperti mandi Jumaat. Adapun bersuci yang disunnahkan untuk kebersihan seperti mandi untuk ihram, mandi solat ied dan sebagainya dari mandi-mandi yang masyru’ yang tidak memerlukan bersuci maka tidak haram.” (Fiqh al-Ibadat ‘ala Madzhab asy-Syafi’i, 1/200)

Sumber Kitab:
Fiqhul ‘Ibaadaat ‘alaa Madzhabisysyaafi’iyyi juz I halaman 200, maktabah syamilah
Sumber Link:
http://islamlib.net/?showpage=bpage&id=12895&o=15%3A1&g=1&p=198

Dalam Fiqh al-Islaam wa adillatuh :

يَغْتَسِلُ تَنَظُّفًا، أَوْ يَتَوَضَّأُ، وَالْغُسْلُ أَفْضَلُ؛ لِأَنَّهُ أَتَّمُّ نَظَافَةً، وَلِأَنَّهُ
عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ اِغْتَسَلَ لِإِحْرَامِهِ ، وَهُوَ لِلنَّظَافَةِ لَا لِلطَّهَارَةِ، وَلِذَا تَفْعَلُهُ الْمَرْأَةُ الْحَائِضُ وَالنُّفَسَاءُ

“(Orang yang akan melakukan Ihram agar) mandi untuk kebersihan, atau berwudhu. Mandi lebih utama, kerana lebih sempurna kebersihannya, dan kerana Nabi s.a.w mandi untuk ihram beliau. Mandi tersebut untuk kebersihan bukan untuk bersuci, oleh kerana dilakukan oleh wanita haid dan wanita nifas.” (Fiqhul Islami, 3/503)

Sumber Kitab:
Al Fiqhul Islaam Wa Adillatuhuu karya Dr. Wahbah Zuhayli juz III halaman 503, maktabah syamilah

KESIMPULAN

▪Bila wudhu’nya untuk menghilangkan hadas atau untuk ibadah maka haram kerana akan menimbulkan TANAQUD تناقض (fungsi wudhu bertentangan dengan keadaannya yang sedang hadas) dan menimbulkan TALAA’UB تلاعب (mempermainkan ibadah sebab dia tahu wudhunya tidak boleh menghilangkan hadas berupa haidnya).

▪Bila wudhu’nya untuk menghilangkan hadas atau untuk ibadah setelah berhentinya darah maka sunnah kerana fungsinya TAQLIIL ALHADAS تقليل الحدث (meringankan dan mengecilkan hadas) dan untuk merangsang segera mandi.

▪Bila wudhu’nya tidak untuk menghilangkan hadas / ibadah melainkan wudhu yang tujuannya untuk kebiasaan seperti Tabarrud (menyejukkan dirinya) dan kebersihan maka sunnah kerana fungsi mengangkat hadas atau meringankan hadas tidak terjadi dalam wudhu’ seperti ini dan tidak menimbulkan tanaaqud.

Wallahua’lam.

Ustaz Abdul Rahman Iskandar (Alrais)

Add Comment