gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-106589772-1');
loading...

Jihad Tanpa Pedang – Ini Cara Kita Menentang Israel

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan pengiktirafan Presiden US, Donald Trump terharap Baitulmaqdis sebagai ibu negara kepada baitulmaqdis. Pengitirafan ini telah menggemparkan seluruh dunia dan menimbulkan pelbagai reaksi terutama di negara – negara Islam.َ

Sejurus selepas pengiktirafan itu, Hamas secara terang-terangan telah mengistihar gerakan Intifada ke tiga, OIC telah mengadakan perhimpunan tergempar dan sebulat suara menentang pengiktirafan itu, Rusia dan Perancis juga turut serta menentang keputusan yang dianggap menghancurkan usaha-usaha pendamaian itu.

Protes secara besar-besaran berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan tidak ketinggalan Palestin yang sekarang sedang berjuang menentang kekejama tentera zionis. Persoalanya, seluruh pelusuk dunia telah bersatu menentang keputusan itu, dimanakah pendirian kita sebagai rakyat marhaen dalam menentang perubahan yang secara terang-terangan menentang hak kita sebagai seorang muslim?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman ”

(Hadis sahih riwayat Muslim)

Sudah diakui kita tidak mempunyai kekayaan untuk memiliki satu angkatan tentera untuk dihantar ke Palestin bagi menentang Israel, kita juga hanya mampu bertahan beberapa saat sahaja jika dicampak ke palestin untuk menentang rejim zionis. Jadi, apa yang boleh kita lakukan sebagai seorang muslim untuk menentang kezaliman zionis? Ikut langkah-langkah berikut:

Menentang Ekonomi Israel

Kite semua sedia maklum yang Israel memang tidak memiliki negara dan sumber eknomi dari hasil bumi. Israel dipinjamkan kelebihan dengan kebijaksanaan dimana walaupun dalam kesempitan hasil bumi, Israel mampu membina sebuah negara dengan mengawal ekonomi dunia.

Berikut adalah produk yang secara langsung atau tidak langsung memberikan sumbangan kepada Israel:

Gambar Ihsan: www.inminds.com

Terkejut bukan? Hampir kesemuanya adalah produk yang kita guna seharian. Secara tidak langsung, kita telah menyumbang kepada kekuatan israel dan membantu untuk terus menindas hak penduduk Palestin.

Sebagai muslim, walaupun kita tidak mampu secara langsung menentang penindasan Israel, tetapi setidak-tidaknya kita tidak boleh berhenti menyalurkan sumbangan kepada tentera zionis dan mula untuk menyokong produk-produk tempatan dan produk dari negara Islam.

Derma Dan Sumbangan Kepada Rakyat Palestin

Di Malaysia, terdapat pelbagai badan-badan NGO yang bersedia menyalurkan sumbangan anda terus kepada rakyat Palestin yang kini amat memerlukan bantuan dari kita. Usaha kita sekecil-kecil ini adalah salah satu jihad kita ke jalan Allah.

Antara badan-badan NGO yang terkenal adalah seperti berikut:

  1. Aqsa Syarif
  2. Aman Palestin
  3. MyCARE


Gambar Ihsan: FB Aqsa Syarif

Tentera Israel telah menindas rakyat palestin dengan melakukan pelbagai sekatan terhadap ekonomi mereka. Mereka juga diserang setiap hari tanpa henti dan ditinggalkan tanpa tempat untuk berlindung, pakaian dan makanan yang minima setiap hari. Wahai rakyat malaysia yang beragama islam, tunaikanlah tanggungjawab anda untuk membantu saudara kita di Palestin. Usah difikirkan untuk berjihad mengangkat senjata menentang tentera Israel sekiranya jihad sekecil-kecil dengan menderma pun tidak mampu kita lakukan.

Berdoa dan Tawakkal

“Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk.”

(Surah al-Baqarah, ayat 186)

Doa adalah senjata bagi orang mukmin dan mereka yang enggan berdoa kepada Allah adalah orang yang bongkak. Berdoalah kita kepada saudara kita di Palestin agar diberi kekuatan untuk menentang tentera Israel.

Ini doa Qunut Nazilah yang dipetik dari laman Ustaz Zaharuddin. InsyaAllah untuk kita amalkan sebagai doa yang merupakan senjata Mukmin. Amalkan dalam solat dengan membaca qunut di rakaat terakhir

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Maksudnya: Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد … اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam

loading...

Add Comment