HUKUM MENYENTUH RAMBUT ISTERI. ADAKAH IANYA MEMBATALKAN WUDHUK?

Soalan;

ustaz, adakah rambut isteri boleh membatalkan wuduk suami jika disentuh?

 

Jawapan;

Menurut mazhab Syafie; bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram(1) (tanpa berlapik) akan membatalkan wudhuk, termasuk antara suami dan isteri. Hanya menyentuh kulit membatalkan wudhuk. Adapun menyentuh rambut, gigi dan kuku, tidaklah membatalkan wudhuk (Hasyiyah al-Baijuri, 1/133).

 

Menurut mazhab-mazhab lain, bersentuhan antara lelaki dan wanita secara umumnya tidaklah membatalkan wudhuk kecuali dengan syahwat atau persetubuhan (jimak).

 

Wallahu a’lam.

 

Nota;

(1) Mahram ialah orang-orang yang haram dikahwini untuk selama-lamanya.

 

Sumber Artikel: http://www.islamituindah.com.my/2017/08/adakah-menyentuh-rambut-isteri.html

Sumber Video: https://www.youtube.com/watch?v=HzSjGByIAec

Add Comment