Hal Ini Sebenarnya Dilarang Ketika Menjelang Solat Maghrib-ustaz kazim elias

JOM TONTON VIDEO:

Rasulullah melarang tidur waktu asar dan selepas magrib – ustaz kazim elias

Apabila waktu maghrib tiba, kita selalu dinasihatkan agar segera masuk ke dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar. Dikatakan ketika itu syaitan sedang merayau mencari mangsa.

Kita boleh lihat saja di Indonesia, apabila Maghrib tiba, rata-rata penduduk Indonesia terutama yang penduduknya beragama Islam segera bergegas meninggalkan pekerjaan dan akan pulang ke rumah sambil menutup rumah dan bersiap ke masjid untuk solat berjemaah.

Larangan tidak boleh merayau setibanya waktu Maghrib sudah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadis.

 

“Jika malam datang menjelang, atau berada di waktu petang, maka tahanlah anak-anak, kerana sesungguhnya ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka lepaskan mereka. Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan dan berdzikirlah kepada Allah, walaupun dengan sekadar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Jabir radhiallahu anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Jangan lepas haiwan ternak dan anak-anak apabila matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya. Kerana syaitan bertebaran jika matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya.” (HR. Muslim).

Dari Jabir radhiallahu anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Jangan membiarkan anak anak di waktu matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam sebab syaitan berpecah jika matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam.” (Sahih Muslim).

Di dalam sebuah buku ilmiah kategori agama yang dikarang oleh Prof. DR. Ir. H. Osly Rachman, MS dengan judul The Science Of Solat menjelaskan. Menjelang tiba waktunya memasuki solat Maghrib, suasana alam akan berubah menjadi berwarna kemerah-merahan bahkan berwarna merah.

Didalam buku tersebut juga dipaparkan, perubahan warna merah pada saat menjelang Maghrib selaras dengan kekerapan Jin. Apabila waktu tersebut, tenaga Jin akan bertambah kerana mempunyai resonansi yang sama dengan alam.

Didalam hadis Rasulullah SAW juga sudah dijelaskan, saat Magrib Jin sudah bergegas untuk keliaran. Pastinya mereka mencari manusia-manusia untuk digoda dan hujung-hujungnya beberapa manusia terjerumus meninggalkan perintah Allah SWT. Naudzubillah …

Wallahua’lam …

 

 

 

 

Advertise@Tv.ceramah

INSTANT HUSNA

Stress tak tau nak pilih mana satu !

.

semua warna-warna instant husna ni buat rambang mata pening hakak nak amek mane stu hikhik

.

alang alang semua cantik kita bodek empunya tudunglah mesti dapat harga kombo. cepat-cepat pm Fida yerrr😘

www.wasap.my/6019-4119910

www.wasap.my/6019-4119910

www.wasap.my/6019-4119910

Add Comment