2 waktu Doa Pada hari jumaat TIDAK TERTOLAK.. sila share.Ustaz ebit lew

JOM TONTON CERAMAH Ustaz ebit lew-waktu maqbul doa pada hari jumaat

Umum kita mengetahui hari Jumaat adalah penghulu segala hari, dan menurut hadis nabi Sallallhu Alaihi Wasallam juga, hari Jumaat merupakan hari yang paling mulia di sisi Allah, malah lebih mulia berbanding Hari raya Aidilfitri & Aidil Adha. Pada hari yang mulia ini juga terdapat waktu-waktu yang telah diberitahu oleh Rasulullah sebagai waktu mustajab doa. Bilakah waktunya?

Abdullah bin Salam menceritakan:

” Ketika Nabi sedang duduk,aku berkata kepadanya: Di dalam kitab Allah ada diterangkan bahawa pada hari Jumaat terdapat waktu di mana jika seorang hamba yang mengerjakan solat, kemudian memohon sesuatu kepada Allah, pasti Allah akan makbulkan. Beberapa saat kemudian Rasulullah bersabda kepada ku: Benar. Lalu aku bertanya: Bilakah waktunya itu? Baginda kemudian menjawab: Di penghujung waktu siang hari. Aku berkata: Itu bukan waktu solat. Baginda menjawab: Benar, sesungguhnya jika seorang Mukmin itu menunaikan solat, kemudian ia duduk menantikan solat berikutnya maka ia terhitung sedang mengerjakan solat.”
Hadis Riwayat: Ibnu Majah

Abu Said dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anha meriwayatkan, bahawa Rasulullah bersabda:

إن في الجمعة ساعة لا يوافقها عبد مسلم يسأل الله عز وجل فيها خيرا إلا أعطاه إياه وهي بعد العصر

Maksudnya: Pada hari jumaat ada satu waktu yang mana jika seorang Muslim memohon kebaikan daripada Allah tepat pada waktu itu, maka Allah pasti akan memakbulkan Doanya, dan waktu itu bermula selepas solat Asar.

Hadis Riwayat: Ahmad

Jabir r.a juga telah meriwayatkan,bahawa Rasulullah bersabda:

يوم الجمعة اثنتا عشرة ساعة منها ساعة لا يوجد مسلم يسأل الله تعالى شيئا إلا أتاه إياه والتمسوها اخر ساعة بعد العصر

Maksudnya: Waktu siang hari Jumaat mempunyai 12 jam, diantaranya ada satu waktu jika seorang Muslim memohon sesuatu pada waktu itu, pasti Allah akan perkenankan permohonannya itu. Dan carilah waktu pada waktu-waktu akhir setelah Asar.

Hadis riwayat: Nasa’i, Abu Daud, Hakim (Al-Mustadrak) hadis shahih dan mematuhi syarat sahih Imam Muslim. Dalah Fathul Bari Hadis ini Hasan

Sa’id dalam sunannya telah meriwayatkan bahawa para sahabat telah bersepakat bahawa waktu paling mustajab doa pada hari Jumaat ialah ketika waktu-waktu akhir siang hari Jumaat. (Disahihkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Dalam hadis riwayat Muslim dan Abu Daud, Abu Musa r.a mendengar Rasulullah bersabda bahawa waktu yang makbul doa pada hari Jumaat ialah ketika Imam duduk antara 2 Khutbah Jumaat, sehingga selesai solat. (Hadis Mudtharib & Munqathi’)

Sama-samalah kita berusaha mencari waktu-waktu yang mustajab Doa, dan mintalah apa sahaja kepada Allah, kerana dialah yang maha Kuasa, maha Mendengar, dan maha Mengasihani.

Wallahualam

Advertise@Tv.ceramah

TERCARI-CARI TUDUNG YANG ANTI STARCH DAN STICK ON POINT AWNINGNYA?

Kalau nak bawal labuh yg easy going,boleh try bawal berhantu ni..gosok macam biasa dah boleh terus pin kiri kanan! Tak perlu buang masa setting awning lagi 😍 Spray starch pun dah boleh sorok dalam almari 😘

NAK HARGA MURAH & JIMAT. WAJIB GRAB COMBO TAW

3 HELAI HANYA RM 100 SAHAJA!

NORMAL PRICE : RM 35 SEHELAI

*Jom pakai ramai-ramai beli sebelum sementara stock masih ada!❤Untuk sebarang order boleh Whatsapp:

0122961740

TEKAN DI SINI JIKA BERMINAT :

http://Fairyscarves.wasap.my

http://Fairyscarves.wasap.my

Add Comment