gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-106589772-1');
loading...

CERAMAH USTAZ KAZIM DIBATALKAN, 3,000 PENGUNJUNG HAMPA ?

Ceramah Datuk Mohd. Kazim Elias di Semarang, Batu Pahat di Johor malam tadi yang dibatalkan pada saat akhir mungkin disebabkan penganjuran program itu yang dikaitkan dengan parti politik tertentu.

Menurut Mohd Kazim, ceramah itu bukan program politik sebaliknya anjuran Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) iaitu anak syarikat Johor Corporation (JCorp) untuk mengumpul dana dan saham wakaf bagi pembinaan Larkin Central di Johor dan Klinik Wakaf An-Nur di seluruh negara.

“Mungkin ada pihak tertentu melibatkan bendera parti politik tertentu yang menjadikan penganjurannya agak kelam kabut sedikit, sedangkan ceramah ini bukan melibatkan parti politik.

“Mungkin atas alasan itu berlaku pembatalan pada saat akhir ceramah semalam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, ceramah melibatkan Mohd. Kazim dan Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang sepatutnya berlangsung di Semarang, Batu Pahat dibatalkan.

Pengumuman pembatalan itu dibuat pada saat akhir ketika Mohd. Kazim sudah tiba di lokasi ceramah yang dihadiri kira-kira seramai 3,000 orang.

Difahamkan terdapat bendera parti politik tertentu dipasang sempena ceramah tersebut sehingga mewujudkan persepsi program itu ceramah politik.

Mengenai dakwaan kerajaan negeri yang membatalkan ceramah tersebut, Mohd. Kazim berkata, beliau diberitahu mengenai pembatalan itu daripada JCorp yang menganjurkan ceramah itu.

“Saya tak pasti sama ada itu (arahan pembatalan) kerajaan negeri tapi yang pasti pegawai dari JCorp sendiri yang menghubungi pengurus saya,” katanya.

Mohd. Kazim turut meminta maaf kepada orang ramai yang hadir dalam ceramah semalam sebelum program itu dibatalkan.

“Saya tak sangka jadi kecoh macam ini dan saya mohon maaf semua tetamu yang hadir, saya dah sampai (di lokasi ceramah), saya akur permintaan dan arahan dibatalkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

loading...

Add Comment