Guna 2 Bahan Ini Untuk ‘Nyah’kan Bau Badan Anda Secara Semulajadi

Masalah badan berbau biasanya berpunca daripada peluh yang keluar dan bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit. Secara umumnya, kita boleh melakukan beberapa cara untuk mengelakkan badan berbau, contohnya dengan memakai pakaian kapas dan menyerap peluh, mengganti pakaian dan dalaman dengan kerap, kerap mandi, dan menjaga kebersihan diri secara rutin.

Menurut Portal MyHealth, bau badan juga boleh dipengaruhi oleh beberapa jenis makanan yang kita ambil setiap hari. Maka tidak hairanlah terdapat beberapa petua tradisional yang masih lagi diamalkan bagi mengurangkan masalah badan berbau. Berikut adalah perkongsian daripada Puan Wann Rohani yang dipelajari daripada ibunya secara turun-temurun. Mudah saja, hanya guna 2 bahan!

Petua Hilangkan Bau Badan Secara Semulajadi. Cuma Guna 2 Bahan Saja!
Ini resepi untuk menghilangkan bau badan dan sekaligus mewangikannya secara semulajadi.

Bahan-bahan

3 batang serai
2 daun pandan
2 mangkuk air
Cara-cara

Jom ikuti langkah-langkah membuat air rebusan ini.

1. Potong atau titikkan serai dan pandan.

2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.

3. Kemudian masukkan daun pandan. Didihkan selama 2 minit dan tutup periuk.

4. Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa.

badan berbau

Cara Minum
Minum air rebusan ini setiap hari pada bila-bila masa. Rasanya tawar-tawar saja, tapi baunya cukup wangi. Tak ada masalah nak meminumnya seperti sesetengah herba lain yang terasa pahit.

Kalau nak keluarkan angin dalam badan, tambahkan sedikit halia yang telah dihiris.

Boleh juga tambahkan air ini dengan 2 liter air kosong. Letakkan dalam peti ais dan minum sepanjang hari. Insha Allah berkesan.

Jimat, Mudah, Dan Semulajadi
Melalui pengalaman Puan Wann Rohani sendiri, apa yang menariknya dengan meminum air rebusan ini adalah ia boleh mengelakkan badan berbau, malah menjadikan peluh berbau ‘wangi’.

Jadi, memang sesuai sangat sebagai alternatif bagi mereka yang tak serasi menggunakan deodoran kimia di pasaran. Di samping itu, pakar turut menyarankan untuk kurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari bagi mereka yang ada masalah badan berbau. Apapun, cubalah dulu baru tahu kesannya ya.

Semoga perkongsian petua di atas bermanfaat kepada ramai pembaca di luar sana, terutamanya mereka yang banyak berpeluh dan kurang konfiden akibat masalah ini.

Selamat mencuba!

*Petua menghilangkan bau badan ini dikongsikan oleh Puan Wann Rohani melalui Facebook dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Kalau ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

**Untuk lebih banyak tips dan perkongsian, follow FB beliau di SINI dan PM untuk peluang menebus hadiah percuma.

JOM DERMA IKHLAS KE :


Advertise@Tv.ceramah

TERCARI-CARI TUDUNG YANG ANTI STARCH DAN STICK ON POINT AWNINGNYA?

Kalau nak bawal labuh yg easy going,boleh try bawal berhantu ni..gosok macam biasa dah boleh terus pin kiri kanan! Tak perlu buang masa setting awning lagi  Spray starch pun dah boleh sorok dalam almari

NAK HARGA MURAH & JIMAT. WAJIB GRAB COMBO TAW

3 HELAI HANYA RM 100 SAHAJA!

NORMAL PRICE : RM 35 SEHELAI

*Jom pakai ramai-ramai beli sebelum sementara stock masih ada!Untuk sebarang order boleh Whatsapp:

0122961740

http://Fairyscarves.wasap.my

http://Fairyscarves.wasap.my

Add Comment