gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-106589772-1');
loading...

Orang KOREA sendiri DEDAH MAGGIE ini sebenar HARAM. Orang ISLAM di Malaysia akan MUNTAH lepas TENGOK BUKTI ini. Nauzubillahiminzalik

Orang KOREA sendiri DEDAH MAGGIE ini sebenar HARAM. Orang ISLAM di Malaysia akan MUNTAH lepas TENGOK BUKTI ini. Nauzubillahiminzalik! Tapi Baca Dulu Keputusan JAKIM.

Moga status ini memberi maklumat kepada semua penggemar2 maggi ramyeon yang baru2 ni di viralkan…

“Paste” Megi ini disahkan menggunakan mesin yang sama untuk penyediaan “paste” berkaitan sebarang produk “pork”.

Untuk makluman, saya telah membuat semakan produk ini melalui konsultan halal di korea, Mr. Kim Edward. Produk ini telah menggunakan mesin yang sama bagi penyediaan “paste” berunsurkan “pork”.

Melihat pula kepada bahan2 paste megi ramyeon chicken mania ini, tiada sebarang “pork” didalamnya. Namun demikian, ISU SYUBHAH telah timbul disini kerana mesin yang digunakan adalah mesin yang sama dengan penyediaan “paste” berunsurkan “pork”.

Logo Halal Korea yang dikeluarkan oleh KMF, adalah diragui.

Mohon sebarkan… isu kemashalatan Islam semakin membimbangkan.

ps : saya mohon maaf jika ada kesilapan pada maklumat ini. saya sertakan bukti perbualan saya bersama Konsultan Halal Korea untuk makluman.


Jom baca apa keputusan dari JAKIM Selepas Disiasat Semula.
NASIONAL
Jakim sahkan Ramyeon Samyang halal

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mi segera jenama Samyang dari Korea itu halal.

Melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, tidak mengandungi bahan meragukan seperti didakwa sebelum ini.“Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mi segera itu, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini.

“Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF,” katanya dalam satu kemas kini status di Facebook, sebentar tadi.

Bulan lalu, Jakim mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap mi segera itu yang diragui status halalnya.

Sebelumnya, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.

Dalam pada itu, Jakim menasihatkan pengguna agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan mi segera itu.

“Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim,” katanya.

Sebelum ini, mi segera Samyang tersebut menjadi popular akibat ramai yang menyahut cabaran untuk mencuba tahap kepedasannya.

Sumber:: Artikel Penuh

Dah tau kan..

Jom Share

loading...

Add Comment